Nak beli rumah dan ingin habis bayar dlm masa 15 tahun dengan menggunakan modal yang sikit dan tak disentuh. Katakan, kita ada bajet sebanyak rm10000 untuk saving. Menggunakan teknik simpanan kasar saving ke portfolio pelaburan berisiko rendah yang memberi pulangan (return)yang menarik secara konsisten. Contoh ialah unit saham koperasi felda. kesan compounding (pulangan atas pulangan), berikut ialahah tabungan tersebut (profit rate 15% setahun) dari tahun 1 hingga tahun ke 15: Bila dah 15 tahun boleh la melunaskan terus hutang rumah.Senang je kan teknik ni. *tertakluk berapa jumlah wang yang di labur dan harga rumah. SELAMAT MENCUBA
Pengertiannya:~ Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Tuhan Yang Maha Penyayang. “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” Mengamalkan bacaan doa Ayat 1000 Dinar memang banyak faedahnya di dalam kehidupan harian kita. Walaubagaimanapun, sesuatu amalan yang dilakukan hendaklah bertaqwa dan bertawakkal sepenuhnya terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Bertaqwa dan bertawakkal ini telah diperjelaskan di dalam maksud Ayat 1000 Dinar itu sendiri.
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang s
Comments
Post a Comment